Thursday, September 3, 2015

Tempoh yang kekok


Membuat keputusan dalam situasi yang diluar jangkaan memang payah. Apatah lagi bila ada yang menunggu jawapan time tu jugak. Fikir punya fikir, renung punya renung...akhirnya ..



'' saya terima .... '' 

Macam tak percaya , macam rasa kelakar .. haha. Tapi ini kenyataan dan sebenarnya dalam situasi aku yang dalam dilema waktu tu sgt lah memerlukan perasaan dan emosi yang serius serta tidak boleh gelak sakan.. 


'' betul ke Ra, terima....? serius ke tak ? betul-betul ke tak ni dah fikir masak-masak ?'' 

haaa.... 
dalam hati '' kite dah bagi jawapan dah ni.. redha.. nak jadi apa pun jadi lah, huhu '' 
terdiam seketika......senak perut aku.. haha. ku pandang ayah, ku toleh ke emak, Lepastu curi-curi tengok muka cikgu dan orang rumah nya... aha.... sengih ! 

Aku jeling pulak dekat budak lelaki yg duduk sebelah umi die dekat lantai..tudia! terpanah mata hati jiwa '' yg die ni tengok aku je kenapa.... tolong la bagi jawapan. tak kan diam je, mcm tak ada perasaan....'' ....tragis rasa ... sedih aku 

 5 Minit lepas tu aku bagi jawapan sekali lagi .. 

'' Sebelum ni pernah ada org lelaki datang, lepas tu ayah tanya die pakai kopiah ke tak? kite jawab tak. kite tahu payah nak terima. la ni ada lelaki datang pakai kopiah, pakai jubah..ikut ayah la nak terima ke tak ... (sengih mcm kerang busuk ) mana yg baik di mata ayah dan mak, insyaallah kite terima dgn baik.. '' 

tudia , jawapan dari aku ...rasa macam nak gelak ! serius ...control ayu di depan cikgu sendiri. Dulu kat sekola tak payah control ayu, dari jauh cikgu dah kenal. Tau-tau je '' nyapo toh Ra?? '' hahaha... sampai bila-bila aku takkan lupa moment ni. Cikgu aku tu dah lah dulu mengajar aku sejak form 2. zaman-zaman aku hingusan la konon nye.. haha..tetibe datang merisik...Malu la .... 

'' Alhamdulillah.........! lega ! '' 

ha.....!! huwargh...
cikgu ni ...lega katanya.. hahaha..yang paling aku rasa macam nak cekik-cekik je time tu bila ternampak '' budak kopiah'' tu senyum lepas tu mcm nak yabebabeduuuuu time tu jugak..haha.
Macam mimpi ! 

Tanggal 23 Julai 2015 bersamaan 7 Syawal 1436 Hijrah, Pada hari Khamis malam Jumaat, Selamat lah sudah sesi ' beraya membawa hajat ' oleh cikgu aku sendiri kepada aku dan keluarga aku.. sampai ketengah lewat malam aku tak boleh tidur. Terkebil-kebil sensorang. baca buku tak jugak mengantuk... 

Dah kenapa......haha
tak tahu nak cakap macamana, gembira ke, terujer ke.. sedeh ke, tak percaya ke...haha..
macam-macam ada. Bercampur baur. tapi ada 1 la yang aku boleh pasti apa yg aku rasa..
Tenang giler....! Macam hilang masalah sekejab...haha..rasa mudah je. Tetibe perut lapa....
esok-esok nya aku macam konfius, aku terus contact die.. aku ingat lagi ayat aku 

Aku : saya dah jadi tunang awak eh ? kita dah bertunang eh ?
Dia : haar, awak tunang saya. Pada saya kita dah bertunang .. 


AHA...... baru lah aku rasa macam nak pengsan time tu jugak, weeyhh....! aku dah bertunang ! pergh...hahaha...kalut sekejab. Esok-esok nya ayah kata nak beraya rumah cikgu pulak.... 


dedor .....
Mesti cikgu aku suka sebab aku dah bagi jawapan soalan beliau bagi sejak bulan Mac tahun ni, Bulan Julai baru aku jawab...hahaha.....


Bermulalah sebuah kisah perjalanan hati....... tempoh yang kekok,
Tak kenal kok nak kawin .. hahaha...



7 Syawal 1436 Hijrah dalam ingatan :) 




To Be Continue...... 


Tuesday, September 1, 2015

Dia Ambil dan Dia beri ..


''Mai..... aku rasa macam dah putus dengan dia''

“Hah ...! Kenapa? korang ok kan, tengok baik je..”



“Actually tak putus pun cuma ...Aku macam ..

tak ada perasaan lagi kat dia. 
Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu sikit-sikit hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kat aku kalau aku teruskan. 

rasa mcm payah, rasa macam kalut je selalu... Aku tak nampak pun dia mcm nak bawa perkenalan kami ni ke step yg lebih kukuh...lebih baik kami kawan je kan...”

“ sabarlah....as ur friend, Buatlah apa yang kau rasa terbaik…Kalau rasa ini yg Terbaik, Why not....be a friend..Jodoh rahsia Allah, Tapi cakap elok-elok.. decide keputusan yg harmoni dan jangan salah menyalahkan diri ye.. .”


* Beberapa Bulan Kemudian *


“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang sikit demi sedikit, Kenapa agak nya ek...ALLAH nak uji aku ....”

“kau ada jawapan?”

…senyum ” ada…... nanti aku share...”

“Apa dia? aku pun teringin nak tahu, sebab aku tengok kau dgn dia dulu baik je... 
semua kawan-kawan suka... ”

“haha.... awal nya memang payah, alhamdulillah.... satu masa tu aku rasa something.... Tenang giler ...serius ! ''

'' Aku pendekkan cerita, Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula muhasabah diri balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan ''

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku.
Dan aku fikir-fikir balik, Allah nak beri yang terbaik untuk aku. ”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.


“betul kau cakap..... So sekarang kau macamana?? ”

“Aku tengah berjuang. Menjadi lebih baik. Doakan. Selangkah. Dua langkah… 

Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…tak pe lah tak ada cinta pun, kadang-kadang kan kita kena NIKAH dulu baru CINTA tu datang. Tak semestinya kena CINTA dulu baru NIKAH .. Mak aku cakap bercinta lepas nikah ni seronok..... ”


“Janji Allah itu pasti. Tak apa, Aku tahu ALLAH sedang sediakan sesuatu yg baik untuk kau, tak esok..lusa, tak lusa mungkin minggu depan, atau bulan depan..tahun depan, kita kena sabar....mana tahu kan....'' 
 *senyum lebar.. 
Tiba-tiba kawan aku tegur.. 


'' Kau nak tahu satu benda? beberapa harini aku perasan, dan nampak muka kau berseri-seri...macam ada cahaya ' something' ... ada benda ke kau sorok dari aku ?? ''

Aku.......

*pandang jauh ke tengah laut Termenung..*
Masih terus tersenyum manis ....Sekadar jawab dalam hati menyimpan rahsia ini sendiri... 


" Yang sebenarnya dah ada ' orang ' masuk merisik aku .."




To Be Continue... 

Sunday, August 30, 2015

Saya dah Kerja !

Assalamualaikum, 
lama nya tak update blog ! haha. hampir setahun rasanya. :') 
Kali ni nak share pasal life sikit. Alhamdulillah ...setelah berjaya menghabiskan Diploma 2 tahun yang lalu, aku dapat pun kerja ( tu pun secara tak sengaja ) haha. By The Way ... kerja di kampung juga. Termakbul la doa mak ayah aku nak aku dekat kg je ( sbb sebelum ni mak pernah cakap biar dekat-dekat je)
kahwin pun nak di doakan dapat dekat-dekat je..... haha

Dari hari ke hari aku kerja, actually aku kerja ni kontrak. so bukan tetap.. kira nya kalau bila-bila nak berhenti pun boleh. Haha :') tapi tak da lah dan nak berhenti begitu  saja je. Sebab nya aku kerja ni pun atas nama kampung sendiri. Orang kata berkhidmat untuk kampung sementara duduk kampung ni. Aku pun tak da lah target nak kerja saja-saja je. At least setahun dua cari pengalaman kan ...
ada sebab yg munasabah baru berhenti, mcm ikut suami ke....kan ^_^  


Apa yang best tentang kerja aku ?

1. Sangat Dekat dengan rumah mak ayah - naik moto tak sampai 5 minit. Naik kereta tak sampai 2 minit. jalan kaki atau naik basikal je lebih dari 15 minit. Haha. Teerrrsangat lah dekat ! 

2. Di kampung sendiri - Kau rasa best tak duduk kampung? dengan keadaan ekonomi yang skrg ni mata wang Ringgit pun dah jatuh menjunam, aku dengan rasa seronok nak share, best sgt bila di kampung sendiri dan duduk kampung best ! kampung aku pun tak la mcm tak ada apa-apa sgt. haha. At least rasa mcm ada benda la bila duduk kampung ni. memandangkan aku pun di perlukan di sini..cheeehh ! haha

3. Masa yang Flexible - kebanyakkan masa aku susun sendiri. waktu aku ada kat office adalah Office hour. Aku juga penjawat awam, jadi nya waktu kerja sama dengan kerajaan :) aku kerja sorang, cuma bila kena ke mana-mana etc outstation, kursus, atau lain-lain , memang terpaksa lah office aku ni tutup. So far lega juga atleast bila dah kahwin nanti boleh susun masa lebih dekat family .. haha

4. Office / Pusat kerja yg stategik - Depan office aku ni sekolah tadika kemas, Siap ada taska, lepas tu ada masjid jamek kampung aku. siap ada sekolah tahfiz ( skrg buat kelas al-quran) dan dekat dengan jalan lalu lalang. Kira senang ckp memang stategik lah. hihi...lega.... tak takut sgt 

5. Wifi dan internet - ni jangan cerita, memang 12 jam internet dan wifi. nama pun Pusat Transformasi Luar bandar :) kalau aku rajin nak keja sampai malam jadi la 24jam. Tapi mcm saja cari je..nahas nak keja sampai malam, mengalahkan Pak Najib.. haha, btw senang aku nak buat kerja. alhamdulillah. 

6. Tak payah sewa rumah dan redah trafik jem - Alhamdulillah, syukur sebab aku tak payah sewa rumah dan redah trafik jem hari-hari. Beruntung juga rasa cuma mcm tak mencabar sgt lah, apa pun ada pro n kontra nya. Dah kalau tak payah menyewa rumah, kena lah tolong2 family nama pun duduk kat rumah, tiap bulan belanja barang dapur kalau dapat gaji ^_^ Sebab kat kampung sendiri. syukuuuurr....... 


Aku kerja sorang, so everything aku buat sorang. dari cuci toilet, dari cleaner, dari pekebun, dari semua ! haha.. nama pun pengurus. Memang owesome punya pengurus semua kena urus sendiri. :') nangis jugak aku kadang-kadang.... tak apa lah, selagi masih diperlukan perkhidmatan aku kat kampung ni, aku buat la pelan-pelan.... hihi..


Ok... tu je kot yang aku rasa boleh aku share setakat ini. Nanti aku share lagi . 
Apa pun kerja yang kita buat tak kira lah sebagai apa pun..... kena la belaja untuk ikhlas dan sabar. semoga ada keberkatan di dalam nya :) 

nantikan entri aku lepas ni, nak cerita pasal rezeki ^_^ bye ! Assalamualaikum