Friday, April 5, 2013

Akhlak Cermin Diri



Assalamualaikum 

gudnite, gudnite pada sesiapa yg tak tido lagi ..HAHA , ok sementara menunggu mata ni nak lelap sat gi, aku nak 'bebel' sikit, .. hehe... Entry kali ni tajuknya 'Akhlak Cermin Diri'..
wajah siapakah ?? wajah awak..dan wajah saya.. ya..wajah kita :) 





Kadang-Kadang aku tertanya-tanya Akhlak itu mcna? ada berapa? dan dari mana datangnya ? Lepas baca buku hasil tulisan Ustaz Muhammad Kazim, ini ringkasan yg dpat aku buat :) 




Akhlak itu cabangnya ada tiga. Yang pertama datang dari Wajah, yang kedua pula datang dari tutur kata, dan ketiga datang dari tingkah laku atau kelakuan kita. 





Wajah menjadi cabang pertama kepada keindahan akhlak seseorang mukmin. Sebab apa disebut mcm tu, contoh terbaik ialah Nabi Muhammad S.A.W, wajah baginda digambarkan penuh berseri-seri, dan, bagi sesiapa yang suka qasidah dan berzanji, tahu makna... selalu digambarkan bahawa Rasulullah memiliki wajah yang ceria dan bersinar-sinar. betul..?? sebab tu nabi itu Kekasih Allah, kerana akhlaknya juga 'berseri-seri..' 



Cuba kita tengok balik pada diri kita, Ambil cermin tu har...pie belek,....tengok wajah kita sendiri, tanya dlm hati, berseri-seri ke tak? Ada tak orang 'berkenan' bila tengok wajah kita..? atau, mugkin kita sendiri tak 'berkenan' dengan muka kita sendiri? Allah....Allah...Allah... =,=' nauzubillah...moga  dijauhkan, ..


Akhlak dan Muka yang berseri-seri itu datangnya dari senyuman.. sebab tu la, kita kena sentiasa tersenyum, dan kurangkan air muka yang masam ! >__< ok.., jangan salah senyum sudah.. aduuhai..kang kalau salah sneyum..lain jadinya nanti... ^___^  apa salahnya kan senyum sikit, yang tak kenal jadi kenal, yang tak rapat jadi rapat, yang susah jadi mudah.. ye dak...?? senyum tu sedekah tau... ^___^ 

'' senyumlah pada dunia, dunia pasti senyum pada kita ! '' 




ok, yg kedua ialah tutur kata, ..... akhlak yg baik juga boleh dilihat melalui tutur katanya, benda yang paling mudah nak tengok selain tingkah laku dan wajah ialah tutur kata seseorang, Jadi.... betapa pentingnya tutur kata yg baik kerana itu menggambarkan akhlak kita, .. ini cakap dengan orang lain, main hentam keromo jer.. tak boleh :) perasaan org lain kena jaga.. lidah umpama sebilah pedang, setiap kata-kata yang menyakitkan keluar dari mulut kita .. bukan je boleh merubah keadaan tetapi boleh merubah juga perasaan seseorang :) 





Ok..! now yg ketiga iaitu tingkah laku, baik..... akhlak yg baik itu perlu lah dtg dari tingkah laku yg baik juga, kena seimbang, apa-apa pun paling penting ialah menjaga tingkah laku dan budi pekerti. Maksud nya, jangan sekadar muka cantik, berseri-seri dan senyum sentiasa tetapi perangai nya, nauzubillah... tak sepadan dengan wajah yg cantik tadi. kan kesian orang yg macam tu......... menyalahgunakan nikmat ALLAH !




Ya, Kita ini memang punya wajah yang cantik, yang manis, yang menawan... Hargailah anugerah yg Allah beri tu dengan baik, ! Terjemahkan nilai kecantikan wajah kita tu dengan akhlak yang baik dan terpuji, tutur kata yang sopan dan lemah lembut, pupuk nilai yg baik dalam diri, contoh sabar, tegas, ikhlas, dan lain-lain... Kita ini cuma hamba, jadi wanita kena pandai jaga diri, kehormatan diri dan perilaku. 


Jangan rasa berbangga dengan wajah yg cantik dan hensem , ramai yang minat, rambut yg lawa, pakaian yg vough ! dan lain-lain... adalah lebih cantik lagi kalau muka yg cantik dan hensem itu disuburkan kemanisan iman dengan tutur kata yg baik dan perilaku yg baik juga. moga-moga kita menjadi muslim dan muslimah yg soleh dan solehah , akhirnya nanti...moga ALLAH sentiasa 'berkenan' dengan kita. aamiin...



ok..akhirnya.. habis juga coretan tentang akhlak :) mata pun dah mengantuk... 
mohon maaf andai ada silap, dan minta ditegur sekiranya ada... yg baik dari ALLAH yg tidak adalah dari kekurangan aku sendiri... ^__^ 
'' Jaga Iman, Jaga Diri, Jaga Hati dan Hias peribadi Mukmin sejati ''




SEE U !

2 comments: