Sunday, March 17, 2013

Matang oh Matang


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur... Masa aku menulis entry ni, kepala tengah ligat berfikir something...! ok.. jom.. cakap pasal 'Matang'.. dan kematangan diri... 



MATANG..

Perkataan ni sentitive sikit. Kadang2 golongan veteren pun terkena, contohnya, '' Dah tua, tapi perangai tak matang ''. Selalu orang bercakap matang mesti dikaitkan dengan umur/usia. Sedangkan pada Aku, usia atau umur seseorang belum tentu dapat mengiktiraf kematangan diri seseorang. Betapa pentingnya sebuah 'kematangan diri ' dalam kehidupan seharian kan...? jom terus baca..! :) 



Matang pada aku, tidak diukur berdasarkan berapa 'tua'nya kita, Bahkan ada juga orang tua yang tidak matang dalam tindakannya. Sebab tu aku cakap, Kematangan tidak terikat kepada umur semata-mata. Matang juga Aku kira bukan diukur melalui berapa tinggi dia belajar, ijazah? Masters? PHD?. Bukan juga dikira dengan jawatan yang besar dalam kerjaya. Kalau diukur macam tu, alamatnya.. yang tak belajar sampai ijazah tu tak matang la?? ... 


huk oloh..mana boleh mcm tu kan....haha. =____=






Matang tu juga , bila seseorang itu mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di dunia ini.  Matang tu jugak ialah dimana dia ' bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan hidup sebagai hamba Allah. 

^________^ 

Bagi seseorang yang Aku kira ada ciri- ciri tersebut, itu boleh aku cakap dia sebagai seorang yang matang. Nak tambah sikit, seseorang yang matang pun dia mestilah ada disiplin diri, paling penting ialah ada akhlak yang baik, ada ketegasan, ada pertimbangan, sekali dengan ada kekuatan bagi mengharungi kehidupan seharian. 


Dan pada aku, Matang tu ialah bila seseorang itu ' mampu mengenali Allah ' ,  Aku bercakap begini dan begitu, bukan bererti Aku juga matang dalam setiap perkara... kadangkala ada juga yang tidak berapa matang. hehe.... biasalah....

^_______^

 point seterusnya ialah, kematangan itu perlu dibina.. sebab apa perlu dibina? sebab, kematangan bukan otomatik boleh dapat atau jadi dalam sekelip mata. matang jugak bukan boleh dibeli. Mcm mana nak bina kematangan ??  banyak cara, ada tu orang bergaul dgn org yg lebih tua dari diri nya, lama kelamaan dia jadi matang, ada tu orang belajar dari kesilapan2 lalu..pun dia boleh jadi matang... banyak cara..... x kisah la cara apa pn, pastikan cara itu adalah betul dan baik. ok..! :) 






sentuh sikit pasal cinta, baik..... pada aku....Dalam cinta pun kena ada kematangan, kalau tak matang baik jangan dok sibuk nak bercinta. sebab, Matang penting..

 matang juga adalah salah satu ciri2 kebanyakkan org letak dalam list ' calon suami/ isteri' pilihan, Bila matang nya si calon / pasangan kita tu, maka perjalanan hubungan tu jadi mudah, insyaAllah, banyak lagi la.... 




Ada orang tua2 cakap 
' kau budak- budak lagi, belum matang, nak bercinta buat apa, belaja je la ' .. ha...! kat sini silap.... adakah cinta itu Cuma untuk orang- orang dewasa... ?? adakah cinta itu cuma untuk golongan veteren sahaja ?? 
tidak...Allah cipta cinta itu sebagai fitrah manusia, cuma nya.... 

bila yang bercinta itu adalah seorang yang matang, baik lelaki atau perempuan, maka dia akan kendalikan perjalanan cinta dia itu dengan baik dan sihat. jadi, kalau umur muda lagi tapi dia matang dan tahu nak kendalikan perjalanan cinta dia dgn baik dan sihat..halal haram dia tahu.... x kan dia nak disalahkan dan tak dibenarkan bercinta...?? ye dak.....?? 

 Itu baru namanya matang dalam bercinta. so...korang kalau nak bercinta, binalah kematangan diri dulu ok..... :) insyaAllah.... baik la nanti perjalanan cinta korang tu



Akhir sekali, untuk jadi matang, kena ada pengorbanan, pengorbanan yang Aku maksudkan ni adalah dari segi dalaman dan luaran, dia 'sudi' melalui proses- proses belajar menjadi matang, dia ' pandai dan berani ' mencari peluang - peluang untuk bina kematangan dengan bergaul dengan orang yang lebih tua dan cabaran - cabaran dalam hidup, dia ' mahu '  belajar mentarbiyaah diri, 
dia ' sedar' yang diri dia itu sentiasa di lihat Allah, 
dia ' mahu' berubah dari yg tak baik kepada baik dan lebih baik.... 


untuk menjadi matang bukan sekadar ' cakap - cakap ' kosong tapi untuk jadi matang adalah satu 'cita- cita', dan nak realisasikan cita-cita tu kena ada usaha merialisasikan.. betul tak??. 
Orang yang matang ni, boleh di lihat melalui luaran seseorang, cara dia berpakaian, cara percakapan dia, cara dia menguruskan emosi dan perasaan, dan banyak lagi. ..matang juga merupakan proses pembelajaran.. :) 





Matang oh Matang..!! 


ok..! rasanya dah banyak dah ni bercakap pasal ' Matang '.. :) hopefully, ilmu yang sikit ni dapat la aku share. menjadi seorang wanita muslimah dan berusaha untuk ' masuk ' dalam kategori matang pun, insyaAllah, ke arah itu.. doakanlah......sampai sini ja aku nak cakap pasal kematangan diri..banyak sgt dah ni... boleh buat buku .. haha moga- moga bermanfaat...hehe..
sekian terima kasih . ^___^ 







kata laluan :
' hang pa dah matang ke belum nie.......?? Jom Jadi Matang..! '