Sunday, August 30, 2015

Saya dah Kerja !

Assalamualaikum, 
lama nya tak update blog ! haha. hampir setahun rasanya. :') 
Kali ni nak share pasal life sikit. Alhamdulillah ...setelah berjaya menghabiskan Diploma 2 tahun yang lalu, aku dapat pun kerja ( tu pun secara tak sengaja ) haha. By The Way ... kerja di kampung juga. Termakbul la doa mak ayah aku nak aku dekat kg je ( sbb sebelum ni mak pernah cakap biar dekat-dekat je)
kahwin pun nak di doakan dapat dekat-dekat je..... haha

Dari hari ke hari aku kerja, actually aku kerja ni kontrak. so bukan tetap.. kira nya kalau bila-bila nak berhenti pun boleh. Haha :') tapi tak da lah dan nak berhenti begitu  saja je. Sebab nya aku kerja ni pun atas nama kampung sendiri. Orang kata berkhidmat untuk kampung sementara duduk kampung ni. Aku pun tak da lah target nak kerja saja-saja je. At least setahun dua cari pengalaman kan ...
ada sebab yg munasabah baru berhenti, mcm ikut suami ke....kan ^_^  


Apa yang best tentang kerja aku ?

1. Sangat Dekat dengan rumah mak ayah - naik moto tak sampai 5 minit. Naik kereta tak sampai 2 minit. jalan kaki atau naik basikal je lebih dari 15 minit. Haha. Teerrrsangat lah dekat ! 

2. Di kampung sendiri - Kau rasa best tak duduk kampung? dengan keadaan ekonomi yang skrg ni mata wang Ringgit pun dah jatuh menjunam, aku dengan rasa seronok nak share, best sgt bila di kampung sendiri dan duduk kampung best ! kampung aku pun tak la mcm tak ada apa-apa sgt. haha. At least rasa mcm ada benda la bila duduk kampung ni. memandangkan aku pun di perlukan di sini..cheeehh ! haha

3. Masa yang Flexible - kebanyakkan masa aku susun sendiri. waktu aku ada kat office adalah Office hour. Aku juga penjawat awam, jadi nya waktu kerja sama dengan kerajaan :) aku kerja sorang, cuma bila kena ke mana-mana etc outstation, kursus, atau lain-lain , memang terpaksa lah office aku ni tutup. So far lega juga atleast bila dah kahwin nanti boleh susun masa lebih dekat family .. haha

4. Office / Pusat kerja yg stategik - Depan office aku ni sekolah tadika kemas, Siap ada taska, lepas tu ada masjid jamek kampung aku. siap ada sekolah tahfiz ( skrg buat kelas al-quran) dan dekat dengan jalan lalu lalang. Kira senang ckp memang stategik lah. hihi...lega.... tak takut sgt 

5. Wifi dan internet - ni jangan cerita, memang 12 jam internet dan wifi. nama pun Pusat Transformasi Luar bandar :) kalau aku rajin nak keja sampai malam jadi la 24jam. Tapi mcm saja cari je..nahas nak keja sampai malam, mengalahkan Pak Najib.. haha, btw senang aku nak buat kerja. alhamdulillah. 

6. Tak payah sewa rumah dan redah trafik jem - Alhamdulillah, syukur sebab aku tak payah sewa rumah dan redah trafik jem hari-hari. Beruntung juga rasa cuma mcm tak mencabar sgt lah, apa pun ada pro n kontra nya. Dah kalau tak payah menyewa rumah, kena lah tolong2 family nama pun duduk kat rumah, tiap bulan belanja barang dapur kalau dapat gaji ^_^ Sebab kat kampung sendiri. syukuuuurr....... 


Aku kerja sorang, so everything aku buat sorang. dari cuci toilet, dari cleaner, dari pekebun, dari semua ! haha.. nama pun pengurus. Memang owesome punya pengurus semua kena urus sendiri. :') nangis jugak aku kadang-kadang.... tak apa lah, selagi masih diperlukan perkhidmatan aku kat kampung ni, aku buat la pelan-pelan.... hihi..


Ok... tu je kot yang aku rasa boleh aku share setakat ini. Nanti aku share lagi . 
Apa pun kerja yang kita buat tak kira lah sebagai apa pun..... kena la belaja untuk ikhlas dan sabar. semoga ada keberkatan di dalam nya :) 

nantikan entri aku lepas ni, nak cerita pasal rezeki ^_^ bye ! Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment