Saturday, April 13, 2013

Modul


Assalamualaikum, 

lama dah tak main tulis-tulis.. (tulis pn boleh main-main ke) x ada benda nak share banyak2 sebab aku x berapa nak sihat n x sedap badan., sebenarnya aku sedang menghitung hari....
utk 'date istimewa' *excited  :) 

ini ha.. ada sorg kawan ni dia bgtahu yang dia tengah buat modul berkaitan WANITA.. 
aku cakap..perlu x bantuan aku? jadi dia pun ok la, minta bantuan aku.. katanya,
dgn harapan aku dapat tolong sikit-sikit.. 

tergelak jugak aku bila mcm tu, tabik spring jugak la kat dia ni sb dia lelaki... insyaallah...
yg dapat aku bantu ..aku cuba... melalui pemikiran, pandangan, penyelidikan, soal jawab dan berdasarkan Al-Quran dan Hadis .... insyaallah... moga aku ini betul..betul.. :) 



aku fikir punya fikir... terima lah nak tolong dia untuk buat modul tu :) tk bnyk pun... sikit ok lah... berkitan wanita.... dan sebenarnya aku sndiri tengah fikir-fikir tentang wanita.... mendalami ilmu lagi tentang diri seorang wanita..... (sbb aku pun wanita kan ) kira...kebetulan lar ni dia 'offer' ... haha

now.. aku tgh fikir2 dan cari2 bahan untuk diterjemahkan, dituliskan dan dimuatkan dalam modul tu :) 
insyaallah... sama2 mencurah idea dan mencari bahan... insyaallah..~!! :) aku tak tahu banyak mana isi yg yang dia dah buat,, tapi katanya boleh la, cuma dia minta bantuan aku untk kupaskan tajuk tentang 'Sabar dan Syukur' dalam diri seorang wanita merangkumi dari segi 'anak dara, seorang isteri, seorang ibu dan seorang nenek'.... fuh..... terbaik kan... perlu banyak baca lagi ni =)  ... heheh.




ok... tu je la buat masa ni.... doakan moga aku dapat selesaikan tugas tu,,,,
tugas yang aku kira.... perkongsian :) aku x ada pengalamn mana pun tapi aku cuba...insyaallah...~
ok..lain kali cerita lagi... ^_^

Wanita itu tidak complicated... tapi wanita itu istimewa dan unik !!! :) 






kata laluan:
*Wanita dengan Sabar dan Syukur *

Friday, April 5, 2013

Akhlak Cermin Diri



Assalamualaikum 

gudnite, gudnite pada sesiapa yg tak tido lagi ..HAHA , ok sementara menunggu mata ni nak lelap sat gi, aku nak 'bebel' sikit, .. hehe... Entry kali ni tajuknya 'Akhlak Cermin Diri'..
wajah siapakah ?? wajah awak..dan wajah saya.. ya..wajah kita :) 





Kadang-Kadang aku tertanya-tanya Akhlak itu mcna? ada berapa? dan dari mana datangnya ? Lepas baca buku hasil tulisan Ustaz Muhammad Kazim, ini ringkasan yg dpat aku buat :) 




Akhlak itu cabangnya ada tiga. Yang pertama datang dari Wajah, yang kedua pula datang dari tutur kata, dan ketiga datang dari tingkah laku atau kelakuan kita. 





Wajah menjadi cabang pertama kepada keindahan akhlak seseorang mukmin. Sebab apa disebut mcm tu, contoh terbaik ialah Nabi Muhammad S.A.W, wajah baginda digambarkan penuh berseri-seri, dan, bagi sesiapa yang suka qasidah dan berzanji, tahu makna... selalu digambarkan bahawa Rasulullah memiliki wajah yang ceria dan bersinar-sinar. betul..?? sebab tu nabi itu Kekasih Allah, kerana akhlaknya juga 'berseri-seri..' 



Cuba kita tengok balik pada diri kita, Ambil cermin tu har...pie belek,....tengok wajah kita sendiri, tanya dlm hati, berseri-seri ke tak? Ada tak orang 'berkenan' bila tengok wajah kita..? atau, mugkin kita sendiri tak 'berkenan' dengan muka kita sendiri? Allah....Allah...Allah... =,=' nauzubillah...moga  dijauhkan, ..


Akhlak dan Muka yang berseri-seri itu datangnya dari senyuman.. sebab tu la, kita kena sentiasa tersenyum, dan kurangkan air muka yang masam ! >__< ok.., jangan salah senyum sudah.. aduuhai..kang kalau salah sneyum..lain jadinya nanti... ^___^  apa salahnya kan senyum sikit, yang tak kenal jadi kenal, yang tak rapat jadi rapat, yang susah jadi mudah.. ye dak...?? senyum tu sedekah tau... ^___^ 

'' senyumlah pada dunia, dunia pasti senyum pada kita ! '' 




ok, yg kedua ialah tutur kata, ..... akhlak yg baik juga boleh dilihat melalui tutur katanya, benda yang paling mudah nak tengok selain tingkah laku dan wajah ialah tutur kata seseorang, Jadi.... betapa pentingnya tutur kata yg baik kerana itu menggambarkan akhlak kita, .. ini cakap dengan orang lain, main hentam keromo jer.. tak boleh :) perasaan org lain kena jaga.. lidah umpama sebilah pedang, setiap kata-kata yang menyakitkan keluar dari mulut kita .. bukan je boleh merubah keadaan tetapi boleh merubah juga perasaan seseorang :) 





Ok..! now yg ketiga iaitu tingkah laku, baik..... akhlak yg baik itu perlu lah dtg dari tingkah laku yg baik juga, kena seimbang, apa-apa pun paling penting ialah menjaga tingkah laku dan budi pekerti. Maksud nya, jangan sekadar muka cantik, berseri-seri dan senyum sentiasa tetapi perangai nya, nauzubillah... tak sepadan dengan wajah yg cantik tadi. kan kesian orang yg macam tu......... menyalahgunakan nikmat ALLAH !




Ya, Kita ini memang punya wajah yang cantik, yang manis, yang menawan... Hargailah anugerah yg Allah beri tu dengan baik, ! Terjemahkan nilai kecantikan wajah kita tu dengan akhlak yang baik dan terpuji, tutur kata yang sopan dan lemah lembut, pupuk nilai yg baik dalam diri, contoh sabar, tegas, ikhlas, dan lain-lain... Kita ini cuma hamba, jadi wanita kena pandai jaga diri, kehormatan diri dan perilaku. 


Jangan rasa berbangga dengan wajah yg cantik dan hensem , ramai yang minat, rambut yg lawa, pakaian yg vough ! dan lain-lain... adalah lebih cantik lagi kalau muka yg cantik dan hensem itu disuburkan kemanisan iman dengan tutur kata yg baik dan perilaku yg baik juga. moga-moga kita menjadi muslim dan muslimah yg soleh dan solehah , akhirnya nanti...moga ALLAH sentiasa 'berkenan' dengan kita. aamiin...



ok..akhirnya.. habis juga coretan tentang akhlak :) mata pun dah mengantuk... 
mohon maaf andai ada silap, dan minta ditegur sekiranya ada... yg baik dari ALLAH yg tidak adalah dari kekurangan aku sendiri... ^__^ 
'' Jaga Iman, Jaga Diri, Jaga Hati dan Hias peribadi Mukmin sejati ''




SEE U !

Saturday, March 30, 2013

semoga Termakbul ...



  • Nak Kawin..! YA ALLAH makbulkan...aamiin... 
  • Nak kawin..! ----- 2x dah aku sebut.... hahaha (mmg Nak nie)
  • Nak kojer....kumpul duit.. :) merasa duit sendiri
  • Nak majlis kawin yang sederhana je............doakanlah! 
  • Nak Suami yang boleh jadi Imam JADI pembimbing Aku dan anak-anak,yang terima aku apa adanya, dan bertanggungjawab, serta penyabar..
  • Nak ada kereta sendiri ... 
  • Nak jadi anak dan isteri yang solehah..aamiin...doakanlah juga.... 
  • Mahu jadi seorang yang terima apa adanya...syukur..
  • Mahu ayah dan emak selalu bagi restu dan redha pada Aku..insyaaAllah..  
  • Mahu Menikah paling kurang umur 24 tahun ..
  • Teringin nak ke Mekkah, buat umrah & haji... one day..
  • Nak jadi fesilitator sbb suka bagi talk mcm Fatimah Syarhah ...haha
  • Nak kerja bagus-bagus ...
  • Nak ada saving sendiri ... 


 kalau x dapat..xpelah.... siapa kita nak tolak tadir ALLAH kan....  Semuanya kita merancang, Allah juga yang tentukan..Bila Allah tak makbulkan doa kita sekarang, yakinlah, 1 hari nanti tepat dan waktu ketika, DIA akan makbulkan... ^__^ insyaALLAH.... orang kata tak salah merancang, tak salah membina impian dan cita-cita.. ada rezeki, mana tahu termakbul...semoga semuanya diberkati ALLAH..aamiin.... insyaallah... 






katalaluan:
'' Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian''

Friday, March 29, 2013

Aku Pilihan DIA..

Aku pilihan dia, bukanlah aku ini nak bercakap tentang 'jiwa-jiwa', tapi Dia yang aku maksudkan disini ialah ALLAH... :) 'si dia' juga aku tidak fokuskan dalam penulisan kali ni, blog aku bukan blog 'jiwa-jiwa' .. tapi general... hehe...'Aku pilihan DIA dan Dia' insyaAllah...!! ^_^

Kalau dulu aku 'budak-budak' sekolah yang biasa-biasa, sekarang aku mahu jadi wanita yang dewasa! yang luar biasa! luar biasa yang macamna? luar biasa yang dari biasa-biasa jadi kepada luar biasa, boleh jugak ayat 'ala....biasa-biasa ja' tu digunakan.... hehe..^_^ 

(paham x? x paham xpe buat-buat paham )





Aku pilihan Dia...Alhamdulillah..OPpsss.! aku bukan yg kejab pakai, kejab tak... :) ini cuma gambaq jer.... Aku merasakan bahawa, aku dipilih oleh Dia untuk terus istiqomah, untuk terus begini (bertudung labuh, menutup aurat) Alhamdulillah....syukur... ^_^ sebenarnya, ramai yang tanya, kenapa aku bertudung labuh? sejak bila bertudung labuh? dan lain2 soalan. (banyak noh!).sejak perubahan itu, mula ada yg panggil 'Ustazah',ye la, biasanya, yg pakai tudung2 labuh, yang tutup aurat semua ni siap sarung kaki, tu ustazah! Allah...=,= tapi xpelah bagi aku itu panggilan berupa Doa., Alhamdulillah..baik.. ^_^ .  sikit2 boleh la  share... Kenapa Aku bertudung Labuh, dan kenapa perubahan itu aku 'grab' dengan baik ! ^__^ syukur...


Aku bertudung labuh sebab, Aku nak tutup aurat kerana Allah, Alhamdulillah... kalau dulu sekadar 'cuba-cuba' sekarang ni, dah biasa ^^ Allah tak suruh pakai tudung, tapi Allah suruh Tutup Aurat, makanya, prinsip itulah, hukum itulah yang membuatkan aku untuk terus berubah kearah dari belajar, dari cuba-cuba kepada wajib dan terus istiqomah. ^^ doakan aku...

Aku bertudung labuh juga sebab aku nak rasa diri selamat, Selamat dari pandangan mata lelaki-lelaki mata keranjang, atau hidung belang...kadang-kadang terasa kurang selamat jugak...=,= Allahuakbar! (maf kalau bahasa kasar, ) ALLAH itu Maha Pelindung....insyaAllah..., aku mahu menjaga diri..luar dan dalam.. dulu, aku rasa tak selamat, sekarang ni Alhamdulillah.. hikmahnya, Allah beri terus....Allah selalu menjaga aku..syukur sgt..


Tak Panas ke? Tak Susah ke? 
ada yang tanya, 'tak panas ke pakai tudung labuh-labuh ni? tak susah ke? nak iron tudung besar-besar ni susah..ambil masa yang lama', ^_^ tak dik... tak panas pun, sejuk lagi adalah..... hehe....pakaila tudung apapun, asalkan syariat yg Allah tetapkan dijaga, dan dipelihara.... yer, insyaAllah tak rasa panas.. sebab dah biasa! ok.. biasa-biasa ..kepada luar biasa.. :) Comel jer tutup aurat.... 


taknak bebel banyak2... nanti malas nak baca.. ha!

ok, meh tengok gambar nie... 



ini sebenarnya yang aku nak share..... bukan sebab ini cuma gambar dan aku share saja2...tapi percayalah...!! setiap wanita yang pakai tudung labuh, pasti dia bagi sebab ini..... ^^ termasuklah aku... Allahurobbi... ^___^ syukur sangat... Allah pilih aku utk jadi  salah seorang  pilihan Dia... Aku bukan budak baik, tapi aku berusaha menjadi baik....Alhamdulillah..... Syukur juga, dalam keluarga aku... adik beradik semua pakai tudung labuh, mak ayah didik kami dgn baik sekali... sgt pentingkan agama... syuuukuuurrr sangat...!! jadi ia amat-amat memudahkan aku utk terus istiqomah.... ^__^



JODOH

sentuh sikit tentang jodoh, kebiasaannya, orang kaitkan, bila someone berubah dari tak tutup aurat kepada bertudung litup, tu sebab dah nak kawin ! selalu dengar mcm ni :) senang cakap soal jodoh.. tak dinafikan... dan byk contoh... jodoh lancar, insyaAllah..(aku bukan doktor cinta) dan selalu juga, tup-tup dengar die dah kawin, dah bertunang, ^_^ bagus kan... syariat Allah dijaga, segala yang haram dijauhkan, perubahan dilakukan..niat tu paling utama.... kita meninggalkan sesuatu yang haram dengan hati yang sabar, Allah pasti beri dan gantikan dgn yang Halal melalui jalan yang baik... janji Allah itu pasti ! insyaAllah... ^____^


( aku ?? amboi.... haha, insyaAllah ^^... semoga Allah lancarkan urusan jodohku jua..aamiin...)


petikan dari Ustaz Azhar Idrus - UAI, seorang yang bertudung itu tak semestinya baik, tapi yang baik itu pasti bertudung.... (insaf, bukan nak menunjuk) aku sendiri tidak baik, tapi aku berusaha menjadi baik... ya, bukan senang nak jadi baik...bukan senang nak berubah menjadi baik...kalau sebut 'berubah, atau perubahan' .. maknanya..pasti ada ujian yang datang, :) harus kuat! dan sentiasa istiqomah ..semoga Allah mudahkan...aku pn selalu juga ditegur, dicabar, diprovok, dan lain-lain lagi...kadang sampai sedih, sampai rasa ya Allah..aku tak kuat! :(  ya.. bukan mudah nak buat perubahan.....ape lagi perubahan  yang lebih baik... dari biasa-biasa kepada luar biasa... nak mengajak org buat perubahan dikatakan kita ni syok suci! 






sentuh sikit pengalaman masa belaja diploma, (kolej).. ujian kat sana banyak.. tapi syukur la sebab bukan kolej international, jadi tak adalah org2 'overseas' belaja kat kolej.. :) alhamdulillah...agaknya, kalau ada..mau nya aku tak lagi tabah !! :) hehe....Alhamdulillah..penerimaan aku dekat sana baik.... dan..baru2 ni, lepas aku habis belaja...ada beberapa org pelajar junior aku, dah pun bertudung labuh ! syukur...!! ^__^ sangat...!! semoga mereka istiqomah... dan aku juga terus istiqomah... aamiin...



BERTUDUNGlah walau TERPAKSA, BERPUASALAH walau TERPAKSA, BERSOLATLAH walaupun TERPAKSA, tak apa lah kalau pun terpaksa... sebab KEWAJIPAN itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA, tapi.... dari KETERPAKSAAN itu bila dibuat dengan perlahan - lahan, kita akan temukan HIKMAH dan KEMANISAN IMAN, nanti akhirnya,,, Otomatik ! HATI kita akan jadi IKHLAS kerana DIA,,, ^^




Kata Laluan 

Jom Tutup Aurat ! 




Diam, Pasrah, Ikhlas...

Assalamualaikum.. 

Hari ini aku mula menulis lagi, lepas hampir seminggu kot aku tak menulis, kali ini aku menulis bukan nak cerita dari topik A hingga Z, tapi aku menulis sekadar nak kurangkan apa yang sedang aku fikir sekarang, gayanya macam lah aku ni seorang pemikir yang terhebad lagaknya ! Allah.... =,= tidak, tidak,, aku cuma manusia biasa, yang banyak sangat buat silap, Allah..Allah..Allah..




Sebenarnya dah beberapa hari ni aku asyik fikir satu hal yang kadang-kadang waktu aku sedang memasak pun aku fikir! itu baru memasak, belum waktu tengah belajar.. Allah...Allah.. hal itu ialah, tentang Pernikahan.. ya, Pernikahan... entah kenapa aku semenjak dua menjak ni, selalu berfikir tentang itu. Dah sampai seru ke..??~ =,= Allah......bingung jugak aku kadang-kadang, tahap parah kalau mulut cakap pada emak, ' nak menikah!, atau dah boleh kawin !' .. haha, nasib baiklah tak sampai ke tahap itu, syukur... dedor jugak kalau2 terlepas cakap.... ^____^



Aura kali....dah nampak dah kat diri aku, ah..! sudah berangan lagi....subhanallah!! erm...Atau mungkin aku banyak baca buku tentang pernikahan ?  atau mungkin aku sedang bersedia ke arah itu? atau aku byk fikir pada org2  yg boleh dikatakan sebagai 'calon'? atau mungkin aku memang betul2 dah sedia ? sampai seru ?.. =,=  Ah..! banyak sangat kemungkinan, mungkin itu..mungkin ini, mungkin begitu, mungkin begini... semua mungkin ! =,= sampailah aku menulis ni pun, masih ada mungkin lagi.. mungkin dah sampai seru!! ha..! mungkin lagi! Allah...Allah..Allah..., 'wahai hati, jangan selalu bermain dgn kemungkinan-kemungkinan '... hurm... ada satu ketika, masa majlis pernikahan sepupu sendiri..... selesai je akad nikah, Sah! aku tiba2 rasa mcm 'something'.. seram sejuk, rasa...entah...tak tahu nak cakap mcmna... yg aku sedar waktu tu, air mata gembira! sepupu yg menikah tapi aku rasa mcm aku yg menikah!! Allahuakbar......Allah...Allah.. :') yg pasti...ramai kawan2 doakan.... 'ira, cepat2 la kawin, ira cepat2lah makan nasi minyak!' ya..... insyaAllah! One Day ! akan aku jamu korang semua dgn nasi minyak aku!! ^____^ aamiin....aamiin..aamiiin....




Aku senyum sendiri kadang-kadang, fikir benda-benda macam ni, buat aku terasa yang diri ni semakin membesar, semakin dewasa,... ya, matang! sedangkan sebelum ni Aku ada tulis entry tajuk 'Matang Oh Matang'..bukan pada umur perlu dilihat kematangan itu, tetapi cara bagaimana dia berfikir, dan cara bagaimana dia menguruskan diri, mentarbiyyah diri dan mendidik diri menjadi seorang hamba Allah. Aku sedang ke arah itu ...tiba2, teringat masa 2 hari lepas..pergi interview, duduk sebelah aku seorang perempuan, aku tanya umurnya... dia kata 22tahun, aku senyum... dia tanya balik pada aku,..'akak? umur berapa? ^^ Aku jawab... 'baru 22tahun, kita sebaya!' ^__^ , si dia tu tambah, eh! 22? nampak matang ! .....Allah..... makin lebar rasanya senyuman aku masa tu...sbb awal2 dia panggil aku 'Akak'..! jadi....mana tak senyum sampai ke telinge...kan.....Allah...Allah....^^ matang bukan pada umur semata2 !

Hati aku kadang menjerit-jerit 'aku mahu bernikah! ', =___= siapa yang dengar ? sebab aku tak menjerit pun keluar suara, malu ler..! nak jerit2 mcm tu... nanti orang kata meroyan nak kawin! haha.... ^^, Bernikah, ya....bernikah.... aku nak sangat bernikah... umur bukan penghalang, belajar bukan penghalang, belum bekerja juga bukan penghalang, aku tahu.. dalam pernikahan  itu Allah sediakan 1000 pintu rezeki... kenapa nak risau? banyak dah aku baca buku, bukan setakat banyak...tapi lebih banyak....yang sebenarnya, aku sedang bersedia kearah itu...pernikahan.....biarlah orang kata aku kolot, muda lagi, relax dulu, kumpul duit dulu banyak2 baru kawin...!! yeah! itu antara ayat2 yang aku rasa....amboi...nak patahkan semangat aku ?? ^___^ tidak! anda silap... kata2 tu sebenarnya semakin buat aku bersemangat nak menikah!! hehe....






Ada satu masa tu, waktu makan tengahari dengan mak ayah, tiba-tiba ayah tanya, 'bila nak kawin?' yer.....itu soalan cepu emas dan sedikit cepu cemas sebenarnya! ayah bertanya mungkin sebab aku dah habis belajar..... ya........ inilah masanya.....bila wali dah tanya ..... aku ?? dedor nak jawab..x jangka... ayah, dah bertanya..emak pula umpama menuggu jawapan magic dari aku!! dan.. waktu tu aku jawab, apa? bila? erm..'..Allah.......terkebil2 aku tengok nasi dalam pinggan.... mulut aku nk jawab apa?! ligat kepala fikir...dalam kepala, dalam hati...alamak.....! ...wallahualam...  Allah...Allah...Allah.....ha......tanggung sendiri... =,= bengang tibe2.... malu sendiri...=,= rasa mcm nak lempang2 jer mulut nie.... hukhuk... =,=  tiba2 ayah cakap...' cepat2.. jangan lambat2.... '' alahaaaii.......ikutkan haritu jugak aku nak menikah!! Allahuakbar.....Allah didik suruh sabar... ^__^ 


..adakah ayah sebenarnya rasa apa yang aku rasa?? nak terima menantu? nak tengok aku kawin? nak Nikahkan aku sendiri ? nak tengok aku bahagia? nak ada cucu!!? ^___^ Allah......oh! ayah........ ^__^ ya....istikharah...! istikharah..! isikharah....! istikharah....!! doa dan tawakal... kalau lah ayah boleh dengar hati aku.... ^_^ siapa sih calon aku? men'tabat'kan hati...!! menjaga hati..! dan menjaga kelakuan dan akhlak... bersedia... insyaAllah....jodoh rahsia Allah...aku serah pada Dia.. wallahualam...










Alhamdulillah, aku bawa perasaan itu dengan baik,, bukan dengan baik, tapi sangat baik.... Allah didik diri untuk sabar... bila sabar, insyaALLAH ada hikmah... bila tinggalkan benda yg haram, maka Allah akn beri melalui jalan yg halal...insyaAllah.. ^___^ sampai detik aku menulis ni pun, sebenarnya aku dah pun 'ok' ^___^ alhamdulillah.... syukur.... Aku minta pada Allah, serah pada Allah, doa pada Allah, segalanya pada Allah.... mintalah, minta banyak2..sungguh2... kalau baik, insyaAllah, dimudahkan... aamiin. Hari ini...aku cuba buang perasaan itu... ye, perasaan yang aku rasa sangat manis... sikit2 aku cuba buang , atau tolak tepi... menikah, sampai masa nanti, Allah pasti makbulkan...insyaAllah..kita jd Hamba cuma kene berdoa, berusaha, yakin dan tawakal.. aku tolak tepi sebab....mendahulukan apa yang penting.. (sebenarnya menikah juga penting pada aku) ... pokoknya, aku jaga hati...jaga iman, jaga diri...jaga semuanya luar dan dalam...insyaAllah.... jodoh itu ada, Mati itu pasti...jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah.... usah difikirkan lagi!! ^____^








Monolog dalaman + perlakuan luaran 

'' Adakala, kita sampai di satu titik, dimana kita harus Diam, Ikhlas, Pasrah dan Tidak memikirkannya lagi ''