Sunday, March 17, 2013

Matang oh Matang


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur... Masa aku menulis entry ni, kepala tengah ligat berfikir something...! ok.. jom.. cakap pasal 'Matang'.. dan kematangan diri... 



MATANG..

Perkataan ni sentitive sikit. Kadang2 golongan veteren pun terkena, contohnya, '' Dah tua, tapi perangai tak matang ''. Selalu orang bercakap matang mesti dikaitkan dengan umur/usia. Sedangkan pada Aku, usia atau umur seseorang belum tentu dapat mengiktiraf kematangan diri seseorang. Betapa pentingnya sebuah 'kematangan diri ' dalam kehidupan seharian kan...? jom terus baca..! :) 



Matang pada aku, tidak diukur berdasarkan berapa 'tua'nya kita, Bahkan ada juga orang tua yang tidak matang dalam tindakannya. Sebab tu aku cakap, Kematangan tidak terikat kepada umur semata-mata. Matang juga Aku kira bukan diukur melalui berapa tinggi dia belajar, ijazah? Masters? PHD?. Bukan juga dikira dengan jawatan yang besar dalam kerjaya. Kalau diukur macam tu, alamatnya.. yang tak belajar sampai ijazah tu tak matang la?? ... 


huk oloh..mana boleh mcm tu kan....haha. =____=






Matang tu juga , bila seseorang itu mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di dunia ini.  Matang tu jugak ialah dimana dia ' bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan hidup sebagai hamba Allah. 

^________^ 

Bagi seseorang yang Aku kira ada ciri- ciri tersebut, itu boleh aku cakap dia sebagai seorang yang matang. Nak tambah sikit, seseorang yang matang pun dia mestilah ada disiplin diri, paling penting ialah ada akhlak yang baik, ada ketegasan, ada pertimbangan, sekali dengan ada kekuatan bagi mengharungi kehidupan seharian. 


Dan pada aku, Matang tu ialah bila seseorang itu ' mampu mengenali Allah ' ,  Aku bercakap begini dan begitu, bukan bererti Aku juga matang dalam setiap perkara... kadangkala ada juga yang tidak berapa matang. hehe.... biasalah....

^_______^

 point seterusnya ialah, kematangan itu perlu dibina.. sebab apa perlu dibina? sebab, kematangan bukan otomatik boleh dapat atau jadi dalam sekelip mata. matang jugak bukan boleh dibeli. Mcm mana nak bina kematangan ??  banyak cara, ada tu orang bergaul dgn org yg lebih tua dari diri nya, lama kelamaan dia jadi matang, ada tu orang belajar dari kesilapan2 lalu..pun dia boleh jadi matang... banyak cara..... x kisah la cara apa pn, pastikan cara itu adalah betul dan baik. ok..! :) 






sentuh sikit pasal cinta, baik..... pada aku....Dalam cinta pun kena ada kematangan, kalau tak matang baik jangan dok sibuk nak bercinta. sebab, Matang penting..

 matang juga adalah salah satu ciri2 kebanyakkan org letak dalam list ' calon suami/ isteri' pilihan, Bila matang nya si calon / pasangan kita tu, maka perjalanan hubungan tu jadi mudah, insyaAllah, banyak lagi la.... 




Ada orang tua2 cakap 
' kau budak- budak lagi, belum matang, nak bercinta buat apa, belaja je la ' .. ha...! kat sini silap.... adakah cinta itu Cuma untuk orang- orang dewasa... ?? adakah cinta itu cuma untuk golongan veteren sahaja ?? 
tidak...Allah cipta cinta itu sebagai fitrah manusia, cuma nya.... 

bila yang bercinta itu adalah seorang yang matang, baik lelaki atau perempuan, maka dia akan kendalikan perjalanan cinta dia itu dengan baik dan sihat. jadi, kalau umur muda lagi tapi dia matang dan tahu nak kendalikan perjalanan cinta dia dgn baik dan sihat..halal haram dia tahu.... x kan dia nak disalahkan dan tak dibenarkan bercinta...?? ye dak.....?? 

 Itu baru namanya matang dalam bercinta. so...korang kalau nak bercinta, binalah kematangan diri dulu ok..... :) insyaAllah.... baik la nanti perjalanan cinta korang tu



Akhir sekali, untuk jadi matang, kena ada pengorbanan, pengorbanan yang Aku maksudkan ni adalah dari segi dalaman dan luaran, dia 'sudi' melalui proses- proses belajar menjadi matang, dia ' pandai dan berani ' mencari peluang - peluang untuk bina kematangan dengan bergaul dengan orang yang lebih tua dan cabaran - cabaran dalam hidup, dia ' mahu '  belajar mentarbiyaah diri, 
dia ' sedar' yang diri dia itu sentiasa di lihat Allah, 
dia ' mahu' berubah dari yg tak baik kepada baik dan lebih baik.... 


untuk menjadi matang bukan sekadar ' cakap - cakap ' kosong tapi untuk jadi matang adalah satu 'cita- cita', dan nak realisasikan cita-cita tu kena ada usaha merialisasikan.. betul tak??. 
Orang yang matang ni, boleh di lihat melalui luaran seseorang, cara dia berpakaian, cara percakapan dia, cara dia menguruskan emosi dan perasaan, dan banyak lagi. ..matang juga merupakan proses pembelajaran.. :) 





Matang oh Matang..!! 


ok..! rasanya dah banyak dah ni bercakap pasal ' Matang '.. :) hopefully, ilmu yang sikit ni dapat la aku share. menjadi seorang wanita muslimah dan berusaha untuk ' masuk ' dalam kategori matang pun, insyaAllah, ke arah itu.. doakanlah......sampai sini ja aku nak cakap pasal kematangan diri..banyak sgt dah ni... boleh buat buku .. haha moga- moga bermanfaat...hehe..
sekian terima kasih . ^___^ 







kata laluan :
' hang pa dah matang ke belum nie.......?? Jom Jadi Matang..! '

Thursday, March 14, 2013

we share, we care,



We  always charge our Phone, but we forget to charge our  IMAN.... 
We always read the book, but we forget to read AL-QURAN..
We  always  singing, but we forget to SELAWAT..
We always thinking your love, but we forget to think ALLAH..
We always want to happy in Dunia,  but we forget to AKHIRAT...
We always look beautiful when we dress up, but we  forget to COVER YOUR AURAT..

How can you say that, YOU LOVE ALLAH.. ??
How can you say that YOU WANT TO BE HAPPINESS FOREVER WITH YOUR LOVE ???

How can you say that YOU LOVE YOURSELF ??
How can you say that YOU LOVE YOUR LOVE ?? 

Just take 5 minute only.. THINK .... 





Allah beri kita sikit ujian, dan dugaan, BUKAN nak suruh kita mengeluh... 
tapi Allah nak kita sabar dan ikhlas... sebab ALLAH kadang2 tak beri apa yang kita mahu, tapi ALLAH akan beri apa yang kita perlu. Setiap ujian, itu ada hikmahnya... bila kita sabar, kita terima dengan penuh kebaikan... Allah pasti akan beri kebaikan semula pada kita. ^______^

BUKAN SENANG NAK JADI BAIK... 
BUKAN SENANG NAK JADI KAYA.. 
BUKAN SENANG NAK SENANG.... 



saya tak cakap, syurga itu cuma untuk USTAZAH dan USTAZ ja.. Allah cipta Syurga itu untuk semua... tapi Allah letak syarat, untuk hamba-2 nya yang beriman dan bertakwa, itu namanya adil... Allah maha adil.. sesiapa yg membuat kebaikan, akan dibalas juga dengan kebaikan oleh Allah....  perkara yang mudah, kadang kita susahkan.. perkara yang susah kadang kita buat sambil lewa... saya bercakap untuk diri saya sendiri, manusia... kadang2 kita lupa... kadang2 kita lalai... itu la manusia...itu lah kita .. ^___^


Perubahan
Setiap orang Perlu berubah setiap hari, bukan maksud saya berubah dari baik hati kepada jahat nauzubillah,, biarlah perubahan itu ke arah yg baik.. hari2 kita dok  jumpa ramai orang..... hang pi sana, hang pi sini... tak kisah la siapa pun kita, perubahan tu perlu..... dari yg tak baik kepada baik.. yang tak betul dibetulkan... yang salah dibaiki... itu baru nama nya perubahan...
cinta dan CINTA, cinta kecil kepada manusia, CINTA besar kepada ALLAH... kene seimbangkan... 



When you in LOVE, remember ALLAH and RASULULLAH...
so... Allah will remember you and love you to...

last but not least...
maybe we are interesting...! but we are not interested... !
interesting in love, but not interested in LOVE
'' cinta dan CINTA ''
Biar Bercinta sampai ke Syurga... aamin..aamin..^______________^ 




~Biar ukhwah sekencang Dakwah ~



Tuesday, March 12, 2013

TENANG + BAHAGIA = Alhamdulillah..


Wahai JIWA yang TENANG


( tarik nafas dalam2..seru lah nama....sebut nama penuh diri sendiri dan teruskan pembacaan anda..... )




DUNIA KAT DALAM JIWA kita ini, kalau kita TENGOK DARI SUDUT FOSITIF, maka INDAHLAH DUNIA itu, jika kita TENGOK DARI SUDUT NEGATIF, maka BURUKLAH DUNIA itu,.. JIWA dan MINDA kena seiring, kena ada Wasatiyyah ( keseimbangan) ~ 



♥ ~ org yang katil nya empuk, belum tentu dapat tidur dengan nyenyak..sedangkan org yag cuma beralas kan tikar mengkuang saja, lebih nyenyak tidur nya.. SEBAB APA?? sebab mereka MEMANDANG EMPUKNYA TILAM sebagai fizikal. walhal untuk TIDUR YANG LENA, bukan memerlukan TILAM YG EMPUK, tapi.. tidur yang lena itu memerlukan MINDA YANG BERSIH DAN JIWA YANG TENANG.. 


~ sebelum nak tengok diri kita TENANG atau tidak TENANG, kita lihat dulu adakah KITA INI MEMBERI KETENANGAN kepada ORANG LAIN atau TIDAK.. jangan MEliHAT ORANG, tapi LIHAT LAH DIRI SENDIRI, kerana datangnya KETENANGAN itu bila JIWA, HATI DAN MINDA KITA BERSIH., bila kita ini memberi KETENANGAN KEPADA ORANG LAIN, insyaALLAH, TENANG LAH kita dgn org lain, apa lagi dgn diri sendiri.... ~ ^__^ 



♥ ~JANGAN membuat sesuatu, melanggari zone larangan ALLAH, atau melebihi ZAT ALLAH, takut-takut nanti.. ALLAH hilangkan ketenangan itu, POKOK UTAMANYA, jadikan ALLAH itu TUNJANG UTAMA dalam setiap PERKARA YG KITA BUAT, cukup point utama untuk CARI REDHA ALLAH, jangan mahukan PENGHARGAAN DARI MANUSIA sedangkan HAK ALLAH, KITA ABAIKAN... ^_____^ 





♥ ~ akhir sekali, apa yg ada dalam minda kita, hati kita, itu lah yang akan kita buat... BAIK dan BURUK dtg dari diri kita sendiri, jom...! CARI dan BINA KETENANGAN itu... ~ ^______^ 


sekian, tazkirah dari saya, Cahaya Kegembiraan Hidup bakal pakar motivasi , insyaALLAH~ Robbi Yassir Wala Tuassir, Robbi Tammin Bil Khayr, Aamin..aminn..

si Ulat Buku


Assalamualaikum w.b.t 

Sebenor nya, aku ni mengantuk tau... dari pukul 8 pm tadi dok mengadap pc ni.. bantal dok melambai2 suruh tido... tapi aku tak nak tido dulu selagi report yang aku buat ni 'cantik' .. haha... bukan cantik warna warni ..! tapi cantik tersusun sebelum print. ditambah dgn slide lagi.. fuh... aku mmg suke buat benda2 ni semua kan...  ngeh..ngeh... 


  +   


Comel kan ulat nie..? haha.... bila di gabungkan maka jadilah...

'Ulat Buku'

bukan la hobi baru aku baca-baca buku ni, dah lama.. sejak zaman 'muda-muda' dulu...
siap ada setting masa2 tertentu untuk 'fookuusss' membaca.. hihi...
itu gambaq antara buku2 aku... yg beli sendiri, yang org hadiahkan.. yang pinjam pulang semula, yang pinjam tak pulang2 pun ada... haha...

Ini baru 'sikit'... ada 'banyaaaakkkkk' lagi.. !!
ada yg tegur,, kenapa semua CINTA..?? aku mampu gelak + sengih2 jer..
tengok jer tajuk banyak Cinta-Cinton.. Tapi.. pengisian... hui... melebih cintan cinton kau tahu... :)
bagi aku yg ulat buku ni, semua jenis buku aku baca, tapi selalunya... yg menarik perhatian umpama buku2 sedia ada ni la yg aku rajin baca... khatam dah semua buku tu .. :)
Al-Quran tu pun khatam dah... Alhamdulillah....

lepaih ni, ada sesiapa yg nak hadiahkan aku barang.... bagi buku cukup.... :) buku jer...x pun bahan ilmiah lain, yg bermanfaat la ..sure kan...buku pun cukup dah...
tak perlu nak ber'bunga2' bagai... nak bagi hadiah mahal2... nak bagi kotak muzik..? haha....
dulu2 zaman 'kanak2' boleh la.... ngeee~


ini hadiah dari adik junior masa praktikle..


'Berdua Lebih Baik'
katanya : sesuai dgn kak iera ..
aku pun x fham.. kenapa sesuai dgn aku...

tak rugi tau jadi seorang yg Ulat Buku nie...
berbaloi...baloi.....
yg ruginyer sikit la,,, kalau ada duit pantang... mula la ke kedai buku, pie carik buku... beli kalau satu xpe. ini sekali 3 4 jenis..dalam 1 masa!! ^_____^ heheh.... ala.. kalau buku jer ok la kan..daripada beli benda2 yg x manfaat... nk beli KFC pun aku pk 2 3 kali... BUku...
sekali jer fikir..terus beli... hahah....

oklah.. x ada nak citer lagi... aku nak sambung sikit lagi keje.. then nak tido... ngantuk dah nie....
ha..! nak share....Aku pernah dapat buku dari someone, tajuknye 'Bila Hati Rindu Menikah'
'fuuuuuuhhhh~ terbaik...! '... memang nak suruh aku kawin cepat lar tu bagi buku mcm tu kan....


ok la last, sikap suka membaca ni bagus. mudah-mudahan beroleh ikmu yang bermanfaat :)

Saturday, February 16, 2013

KITA adalah ANGAH



Oleh sebab ini masih dalam bulan Dua kan...? dan aku pun suke ngn no2, and aku pun ank yg kedua.. makanya,,, disini aku tiba2 rasa idea keluar pulak pagi2 buta mcm ni. semuanye secara spontan.. Aku unline lepas tahjud, mcm biasalah...curi-curi tengok wall org lain..haha..


ada 1 FB kawan ni....dia post benda ni.. agak menarik perhatian aku sebab.... ada kaitan dgn diri aku.. haha..





PASTI nya lah menarik2 hati n mata aku nak baca dengan khusuk haha... semua yg aku baca... ada jugak betulnye...aku ada edit sikit tambah pendapat aku. almaklum, anak no2 la kata kan..haha.. jom baca jom..! kot-kot mana tahu, pasangan korang anak no-2 ke, wife ke, hubby ke, kan . ha.. nk kenal anak-anak korang yg no-2 ker... kan kan kan... :D
apepn..semoga berguna untuk masa depan ~ peace yaw!

Check It Out ...!! 





Siapa ANAK KE-2 dalam family jom la baca sama-sama ngn kite ^_^





ANAK MANJA EMAK ♥ 



oi ..mana ada.. biasa je la.. hhuhu.
Ada org die lelaki, biasa rapat ngn emak., aku rasa lelaki la kot yang rapat ngan emak.
perempuan biasanya dengan ayah... haha..
Lelaki ni bukan manje dengan emak dia tanpa sebab pun. just RAPAT. Mcm KAWAN :)
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh emak dia.

baik anak lelaki atau perempuan sama je. Tapi selalunya ank lelaki kot !. haha..
bertuah betul..!!





ANAK DEGIL


Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.
dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ...dia kata nak itu, nak lah...kemahuan dia
kuat...kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.. hahah :D 
 org ckp masa2 muda jer la degil n nakal..bile dah masuk umor2 kematangan...
biasanya dorang jadi lebih baik dari sebelumnya.. ( ye ke..?? cehh terase I) 


TAK PANDAI PUJUK

Anak nombor dua ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. 
Pandangan aku la sebagai anak nombor dua dalam keluarga, tak apa kalau tak pandai pujuk
boipren pun. Bukan dosa besaq. mengada-mengada je boipren/gelpren korang nak mintak pujuk bagai. Aku Jujur memang TAK RETI nak pujuk2 ni.lagi nak suruh pujuk boipren. Memang tak la. Aku marah je boipren kalau aku nak. sebab hati aku keras. haha.
Pada aku, Pujuk suami atau isteri lagi bagus. Dapat Pahala lagi :) kau tak nak keeeee...?
Aku nak ^_^ Sekadar pandangan sebagai anak no-2 je. salah mintak maap la ek.


yeke ni ??

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban.YEKE NI ??
Aku zaman cinta monyet biasa je. Kalau dah kata aku tak suka. mak ayah tak terima. aku memang tak la nak teruskan . haha. kan aku cakap aku ni kasar dan keras hati. Tapi kalau dah jadi isteri atau suami , mungkin la kan sanggup semuanya... siapa tak sayang laki kite weyh ! Aku anak no-2 aku tahu la mcmana hati aku.
 tak mudah lelaki boleh masuk..ambik masa'...if break up, dia x mudah nak cipta hubungn dgn org lain , semuanya perlukan masa...  ye ke ni weh ??
YE ..INI KEBENARAN  :D haha


HITAM / PUTIH
Ini x ada kaitan dgn warna kulit.. tapi berkaitan dgn perinsip ank no2.
Apa yg dikatakan semua dipegang. kalau
hitam, hitam lah... kalau putih, putih lah. degil tak boleh toleransi.
Pendapat aku : MANA ADA DEGIL..
 bukan degil la... tegas dan dia ada prinsip hidup sendiri :) 


SOAL HATI  
ok.. tang bab hati oh hati ni, bahaya....
SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur..
 kdg2 x boleh dijangka emosi anak no2 nie...
kadang bila dia marah, dia diam. kadang bila dia diam maknanya dia sakit hati..
Bab HATI ni selalu ada konflik. YE KE ?? huhuhu..



BERDIKARI
very independene :) CAMPAK MANA PUN BOLEH HIDUP ..gituu..
walaupun kdg-kdg nak ikut kepala die jer. yg bestnye, anak no2 mudah bergaul.,dan pandai bawak diri. senang cakap mudahla. Masuk kandang kambing kite mengembek.. masuk kandang kerbau kita menguak...ye tak ?? haha.  kdg2 suka menyendiri, dan dia cepat matang.


ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.
dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang...
(mana ada..... aku ok jee kot cuma kdg tak suka ikut telunjuk orang mcm tak ada life hidup..) 

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring... bagus la kan 
TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
xpayah tunggu dorang bersuara..diam dia tanda suka, setuju, tapi kadang2 diam jugak tanda marah..bahaya nih... memang pon. k bye -_-

PAKAIAN
Dia ni jenis tak kisah. Ada pakai. Tak ada cari. tak payah nak branded bagai.
Kadang-kadang tak kisah pun lawa ke tak. tapi kalau perempuan mcm aku, aku suka match. kalau pakaian tak match kadang aku pun tak nak. Biasalah perempuan . Tapi bersyukur la apa yang ada. Tak ada sabar. bila dah ada jaga elok-elok.. Kalau lelaki pulak setahu aku jenis tak kisah. sebab lelaki ni tak cerewet sgt..(elley ada je yg cerewet..)




ok that's all ..



ini antara nye je la.. kalau nak lebih2 lagi, pi cari sendiri  ! haha
nasihat aku yg merupakan seorang anak no-2 dalam family, sebenarnya x kisah la anak keberapa pun, mak ayah x pernah bezakan.. yg penting kalau korang ada pasangan...terima lah seadanya.. sebab bila kita terima seadanya pasangan kita, insyaallah.. nanti pasangan kita pun terima kita seadanya.
BARU BEST ! 


Ok kawan-kawan, selamat membaca :) 



ni aku masa kat Pantai Tanjung Balau. hehe 




Monolog Dalaman

anak nombor 2 jumpe anak nombor 2....
agak-agak boleh jadi kawan baik tak ?? ha......