Sunday, January 27, 2013

Jawa + Tempe = Pastilaar...

Baru je balik dari belanja bersama adik2 tadi, baru la jugak makan tempe goreng, panas2... masih penat tapi segar lagi mata. Alhamdulillah, terasa nak menulis sesuatu, jadi aku ambil masa sekejab fkir punya fikir, aku terasa nak post cerita pasal Tempe.  Ye, tempe. heheh...~



Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut.Sebab tu ada orang kadang2 panggil getah tempe. haha... Tempe buleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja, dan harganya agak murah.

Oleh sebab aku anak keturunan jawa, jadi memang dah biasa sejak dari kecik makan tempe, rugi rasanya tak makan makanan tu. Ini aku nak kongsi sikit tentang khasiat dan kelebihan tempe.Jom..jOm..baca


  • Mempunyai zat besi yang mampu menurunkan tekanan darah.
  • Mampu menurunkan kadar kolestrol, bagi yang nak kurus tu boleh la makan selalu. :) 
  • Protien dalam tempe sangat tinggi, dan ia boleh membantu sistem percernaan dalam usus.
  • Anti infeksi, iaitu tempe mempunyai ajen bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe dimana ia dapat mengurangkan jangkitan kuman kepada si pemakan.
  • Mempunyai sifat antioksidan, menolak kanser atau menyahaktifan barah 
  • Mencegah masalah gizi yang berlebihan.
  • Mencegah timbulnya hypertension (simptom cepat marah) hehhe..... :) 
  • Dapat mencegah osteoporosis, atau bahasa mudahnya baik untuk tulang..! :) ha..!
  • Penderitaan Anemia, atau masalah berat badan. 
  • Membantu sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengawal paras hormon .. bagus kan! 
  • Membantu dalam pemghasilan laktasi ( enzim pengurai susu khas buat ibu2 yg mengandung) 
  • Membantu pembentukan Vitamin.
see...!banyakkan khasiat tempe. ? bila lagi anda semua nak makan tempe? bagi yang dah memang makan tu, baguslah. teruskan....Lepas ni boleh la gantikan tempe dengan makanan segera, mcm pizza, KFC, McD. dan lain-lain. Bagi aku yang tersangat lah suka tempe, tak payah makan nasi pun xpe..!   tapi jangan la aku ckp mcm ni korang terus x makan nasi pulak...hohoho~ rugi tak makan, sebab tempe dibuat dari kacang soya. kacang soya banyak khasiat, :) mcm tu jugak kicap. sape kat sini yg suka kicap..?? heheh.... air soya bagus, tempe bagus, kicap bagus.. lagi ape?? :) 

Aku anak jawa, jadi tempe adalah salah satu makan kegemaran (tp xdelah sampai nak ckp makan hari2) . kan...kan....kan.... selain tu, tempe juga harganya murah, x mahal... jadi kalau setakat rm2 dah boleh dapat 8biji dah. Boleh makan 1 keluarga, kat bandar mungkin mahal la kot...!! (saya org kampung jer ) ha..! kat Banda Penawar harga sama...hahaha~ teringat la dulu zaman muda2 belaja kat tempat org. duduk kat rumah sewa, balik kelas beli tempe kemudian goreng.. makan petang2..panas2... cicah dengan sambal kicap..! .fuhhh...~!! uuueenaaakkk..!! 



Tetibe, terigngat la pulak '' Abdullah Khairul Azam si pembuat dan penjual tempe di Mesir, dalam movie Ketika Cinta Bertasbih'', hahahah~ :D oklah, sampai sini jer cerita pasal tempe. Boleh la cuba2 lepasni yang tak pernah makan tempe goreng. :) dah rasa tu, jangan terkejut pulak kalau nak lagi..... heheheh~ 


kata laluan

sedap wooo~ !!