Saturday, May 14, 2011

Doaku Buat Dirimu...


YA RABBI...

Aku berdoa untuk seorang lelaki, 
yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku~

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu~

Seorang lelaki yang akan meletakkanku 
pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau~

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu~

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu~

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia~

Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas~

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku~

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah~

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku~

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi~

Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya~

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya~

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya~

Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna~

Dan aku memohon YA ALLAH...

Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku, berikan kepadaku tangan supaya aku mampu berdoa untuknya, kurniakan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya...

sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang..
"Awak, saya tahu awak cuba yg terbaik untuk saya...terima kasih yer...saya hargai kedua2nya..diri awak dan apa yg awk buat utk saya....dalam hati ada DIA..=) "

AMEEN YA RABBAL ALAMEEN... <3 <3 <3

No comments:

Post a Comment