Friday, April 29, 2011

Mencari Makna Cinta dan CINTA.

Assalamualaikum w.b.t
الحمد لله..ana dapat smbung lagi coretan di blog ana, kalini nk cerita pasal CINTA...hai....Asyik2 cinta..asyik2 cinta...pasal cinta je yg diperkatakn..xada lain ke..??

Tak ada siapa pun yg dapat lari daripada MenCintai dan DiCintai, ini adalah fitrah- semua manusia terdorang untuk menikmati cinta, Cinta adalah satu rasa dimana satu perasaan yang asyik yang datang dalam hati manusia

seronok baca tajuk ana kali ni...
Ana rasa mcm ana ni DOktOr Cinta pulak..ha3x..tak tak tak....ana burgurau jep..
ana nak berkongsi tentang CINTA dan melihat cinta ana semula...

Ana sekarang suka dengar lagu2 Cinta, ...Hehehe =) tp ana suka dengar lagu Nasheed yang berunsurkan Madah2 cinta dn CINTA....knpe? sbb ana sedang jatuh cinta dan sekaligus jatuh CINTA..juga...

kenapa ana tulis perkataan cinta dn CINTA ni..? ada cinta yg huruf kecil..ada CINTA yg huruf besar..maaf..ni bukan kesilapan typing skill...hahaha..tp ada makna tersendiri..=)

bagi ana CINTA dan Cinta tu lain..ape lainnya..?? 
sebenarnya, cinta (kecil) yg dimaksdkn ialah..cinta manusia kepada manusia dan CINTA (besar) merujuk cinta manusia kepada ILLAHI.. =)

 jom..habis kan perjalanan anda ke dalam ruang cinta dan CINTA...

~Cinta dan CINTA~

Cinta itu ialah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati. Ia muncul dari dalam ke luar, bukan dari luar ke dalam. Ia juga bukan dari Mata turun  ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain2 anggota.  Itulah cinta yang sebenarnya, suci lagi murni. Cinta ini bukan saja menurut pandangan mata kepala atau matahati, cinta itu juga turut datang dari Allah sebagai bekal untuk mendapatkan keCINTAan Allah.
Imam Ghazali berkata bahawa hanya Allah berhak menerima cinta, kerana DIA yang mempunyai segala sebab utk dicintai. seperti, daging, urat, dan kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar padanya,

Jadi, siapakah yang sebenarnya patut dicintai? dgn kata lain, apakah cinta(kecil) dan CINTA(besar)?? ada 5 perkara sesorang itu bercinta, mereka ialah yang;


*Cinta pada kesempurnaan dan kekekalan diri
*Cinta pada sesiapa yang berbudi
*Cinta kpd seorang budiman walaupun budinya tidak dirasai
*Cinta kepada  sesuatu yang indah
*Cinta seseorang atau sesuatu yang serasi(secocok)

ingatlah......!!
"Bukan masalah gagal bercinta,tetapi gagal mengenal cinta dan CINTA"

Tak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuh Hati. Takpayah berbalas kerlingan mata dan jelingan manja kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, nescaya si isteri akan meletakkan seluruh ketaatannya kepada si suami kerana cinta si suami datang dari CINTA Allah. 

Setulusnya, ana harus sedar bahawa jika cinta yang diberikan kepada manusia, ada kemungkinan cinta itu dirobek-robekknnya.  Tapi kalau ana yang patah hati ini, yang hancur ana serhkan kepada ALLAH, nescaya dicantum-cantumkan-Nya semua dan disembuhkan-Nya, Betapa banyak cinta manusia yang tidak berbalas dan dikhianati, Gila bayang, angau dan patah hati...padahal jika hati itu diberikan kepada ALLAH, PASTI diterima tanpa sikit pun Allah menolaknya.....Subhannallah..!! 


Kenapa laa,...kita abaikan CINTA Tuhan..??
Sedangkan mencintai-Nya dah tentu tak akan dikecewakan..Kerana itu HATI yang mencintai manusia ada yang belum sempurna dalam cintanya kerana die belum pun CINTA pd Allah sepenuhnya. Hadis Qudsi daripada Rasuluallah s.a.w


"Jika kamu datang kepaaku-ku secara berjalan.nescaya Aku datang dengan berlari,Jika kamu datang kepada-Ku dengan selangkah, maka Aku akan datang menghampirimu denga seribu langkah"


apa kata...,mulai hari ini kita belajar untuk menCINTAI Allah barulah kita cari cinta manusia...tak rugi,malah beruntung..sangat beruntung..hati merasa tenang,jiwa aman,kehidupan lebih baik...malahan, andai ada rindu yg bertandang dalam hati kepada sesorang, rindu itu adalah rindu yang bertaut dengan CINTA Allah. =) seronok rasanya bila lepas mengaji, lepas solat..tiba datang satu perasaan sayu, rindu kepada seseorang yang kita cintai kerana CINTA-Nya..alhamdulillah.


"Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi TENANG(Ar-Ra'd13:28)
semoga kita sama2 peroleh cinta yang sejati, murni dan baik..lantas sama2 kita salurkan cinta itu kepada CINTA Illahi. 


Selamat Bercinta dan Jatuh CINTA semula =)

No comments:

Post a Comment